logo anne ahira
Close x
AnneAhira.com

Lirik Lagu Melayu


Berpantun Kasih

By: Siti Nurhaliza


Berdendang hamba nak berdendang

Hai sepantun kitalah bersama

Sama rentak gendang bertingkah

Tapi tak sama alun suara

 

Berdendang hamba nak berdendang

Hai senandung nak dara merindu

Alun hamba sekadar lalu

Tidak sedikit menyentuh dihati

 

Mana kasih sehangat mentari

Mana cinta yang semanis dulu

Mana janji bak tersimpul tali

Mana budi yang sebaik laku

 

Jauh hamba rindu hambalah dirindu tuan

Bila dekat mengapa diam sahaja

Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan

Lagu berkasih cinta terpilih

Layu pagi seruas jari

 

Berdendang hamba nak berdendang

Hai sepantun kasih tak sudah

Mengenang bukanlah mengenang

Ingin mencari di mana silapnya

 

Debaran Cinta

By: Siti Nurhaliza

 

Kau hadir mengisi kekosongan hati

Menyeri sebuah jiwa oh... yang sepi

Kau pergi tanpa aku menyedari

Terperangkap dalam cinta yang tak pasti

 

Aku pun keliru terdiam membisu

Terasa bagai kehilanganmu

Kau lafazkan cintamu tetapi aku ragu

Mengapa kini ku merindu

 

Walaupun ku mencuba tuk melupa

Namunku tidak berdaya

Terasa gelisah bila kau tiada

Oh... kasihku inikah debaran cinta

 

Alunkan irama kasih dan sayangmu

Lagukan dengan nada cinta yang Satu

Sandarkan resah jauh ke puncak rindu

Damaikan hati dengan bisikan cintamu

 

Kini bermula getar asmara

Sejak bersua

Naluri hatiku berkata

Dikau ku cinta... mungkin kau jua

Merasakannya... di hati

 

Lukisan Alam

By: Hijjaz

 

Hidup tidak selalunya indah

Langit tak selalu cerah

Suram malam tak berbintang

Itulah lukisan alam

Begitulah aturan Tuhan

 

Jadilah rumput nan lemah lembut

tak luruh dipukul ribut

Bagai karang didasar lautan

Tak terusik dilanda badai

 

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu

Dalam senang... awasi kealpaanmu

Setitis derita melanda

Segunung KurniaanNya

 

Usah mengaharpkan kesenangan

Dalam perjuangan perlu pengorbanan

Usah dendam berpanjangan

Maafkan kesalahan insan

 

Dalam diam... taburkanlah baktimu

Dalam tenang... buangkanlah amarahmu

Suburkanlah sifat sabar

Dalam jiwamu itu

Di dalam jiwamu itu

 

Demi Masa

By: Raihan

 

Demi masa...

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan...

Yang beriman dan beramal saleh

Ah...

 

Demi masa...

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan...

Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Ah...

 

Gunakan kesempatan yang masih diberi

Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan

Kerna ia takkan kembali

 

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

 

Demi masa...

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan...

Yang beriman dan beramal saleh

Ah...

 

Damba Cinta Mu

By: Raihan

 

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

 

Ku sering melanggar laranganMu

Dalam sedar ataupun tidak

Ku sering meninggalkan suruhanMu

Walau sedar aku milikMu

 

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar

Pagi ku ingat petang ku alpa

Begitulah silih berganti

 

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba cintaMu

Aku lemah aku jahil

Tanpa pimpinan dariMu

 

Ku sering berjanji depanMu

Sering jua ku memungkiri

Ku pernah menangis keranaMu

Kemudian ketawa semula

 

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun

Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu

Seribu langkah Kau pada ku

 

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu

Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

 

Ku takut kepadaMu

Ku harap jua padaMu

Moga ku kan selamat dunia akhirat

Seperti rasul dan sahabat

Tolong di SHARE :
Share

Anne Ahira - Asian Brain on Facebook
MENU TOPIK
Lirik Lagu
  • Lirik Lagu Nasyid
  • Lirik Dewa 19
  • Lirik Lagu Gaby
  • Lirik Saint Loco
  • Lirik Peterpan
  • Lirik Lagu 60an
  • Lirik Lagu Letto
  • Lirik Lagu Menjaga Hati
  • Lirik Lagu Iwan Fals
Artikel Terkait
  • Lirik Lagu Simple Plan
  • Lirik Lagu Terima Kasih Cinta
  • Lirik Lagu Dangdut
  • Patriotik


Beranda | Privacy

Kantor Pusat :

Jl. Bojong Sereh No.668
Bandung 40376 Jawa Barat - INDONESIA